Berita

Bunuh Diri Kerana Syak Teman Lelaki Curang

83views

MELAKA, 10 Jan — Gara-gara cemburu, seorang pelajar wanita sebuah universiti swasta di sini maut selepas dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 18 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini, awal pagi kelmarin.

Tindakan nekad gadis berusia 21 tahun itu dikatakan berpunca daripada teman lelakinya menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mayat pelajar terbabit ditemui beberapa rakannya terbaring di atas tanah di belakang blok kediaman asrama mereka.

Beliau berkata, mangsa dipercayai terjun dari tingkat 18 pangsapuri dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Source Link