
Casio G-SHOCK X Super Mario Kini Di Malaysia Pada Harga RM745
Jam tangan Casio G-Shock mempunyai golongan peminat mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan permainan video Mario Brothers. Sekiranya anda peminat G-Shock dan Mario, jam tangan Casio G-Shock X Super Mario mungkin adalah produk terkini yang perlu dimasukkan ke dalam koleksi peribadi.
Jam ini adalah yang berasaskan model DW5600SMB-4 yang sudahpun dianggap klasik di kalangan peminat G-Shock. Tubuh jam berwarna merah Mario dengan bahagian tali pula mempunyai corak watak Mario versi pixel daripada permainan asas era 80an Nintendo.
Di muka juga diletakkan cangkerang kura-kura yang merupakan antara musuh yang boleh digunakan sebagai senjata oleh Mario. Apabila sistem lampu Illuminator diaktifkan, watak Mario akan dipaparkan pada skrin. Harga jualan Casio G-Shock X Super Mario ialah RM745 dengan ia hadir dalam bekas bulat juga bertemakan Super Mario.