‘Chicken Floss’ Beli Siap 1kg RM40, Buat Sendiri Puas Hati Jimat, Terjamin Bersih!

Memang ada benarnya bagi peminat ‘Chicken Floss’ atau serunding ayam jika beli siap di kedai bakeri harganya boleh mencecah RM40 sekilo. Lebih jimat dan puas hati jika mak-mak dapat buat sendiri. Terjamin halal dan bersih. Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Raja Azura ini sebagai rujukan.

Memang mudah! Chicken Floss kalau beli siap di kedai bakery 1kg saja dah nak RM40. Buat sendiri puas hati dapat banyak dah tentu terjamin kebersihannya.

Bahan-Bahan:

2 ketul isi dada ayam5 tangkai cili kering5 biji cili padi10 biji bawang merah kecil6 ulas bawang putih2 batang serai3 sudu besar gula1/2 sudu serbuk ketumbar1/2 sudu garam1/2 sudu serbuk jintan100 ml santan

Cara Membuat:

1. Rebus isi ayam sejukkan dan carik-carikkan.2. Kisar semua bahan hingga lumat (kecuali isi ayam) dan masukkan semua sekali ke dalam bread maker tetap kan pada menu serunding/bakar.

Info Ekstra!

Carik-carik isi ayam. Saya bagi mudah cepat proses floss kering. Nak buh seketul macam saya pun boleh tapi proses kering tu lama sikit. Jadi terpulang nak ikut yang mana. Kalau guna breadmaker, boleh gunakan button serunding atau bake. Ulang proses hingga floss betul-betul kering.

Saya proses 3 kali pusingan untuk dapat betul-betul kering. Sekali pusingan 1 jam 5 minit. Kalau tiada breadmaker kena masak cara manual. Cara goreng dalam kuali cara dulu-dulu buat serunding kena selalu dikacau supaya tak hangus dan cepat kering.

Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!

Sumber: Raja Azura

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button