BeritaRencana

China Popularkan Kaedah Tukar Bateri Kereta Elektrik

82views

BEIJING, 13 Mei  — China akan mempopularkan kaedah menukar bateri kereta elektrik (EV) dan sesi percubaan akan dilancarkan pada pertengahan kedua tahun ini, kata Kementerian Industri dan Maklumat China (MIIT) pada Rabu.

Menurut pelan berkenaan, sesi percubaan dijalankan bersama  MIIT dan Jabatan Pentadbiran Tenaga China (NEA) itu bermula dengan sektor perkhidmatan awam seperti bus, teksi, penghantaran barang, pelabuhan dan lain-lain.

Sementara itu, pengoperasian secara komersial penukaran bateri di sektor swasta akan dipergiat.

Pada masa ini, penukaran bateri bagi kereta elektrik telah dijalankan di beberapa bandar besar termasuk Beijing.

Di sebuah stesen tukar bateri yang terletak di timur bandar raya Beijing, penukaran bateri bagi sebuah teksi dapat diselesaikan dalam beberapa puluh saat sahaja.

Seorang pemandu memberitahu bahawa ini banyak memudahkan mereka kerana tidak perlu menunggu lama untuk mengecas bateri.

Menurut perancangan, pihak berkuasa akan membina lebih banyak stesen menukar bateri bagi memudahkan pengguna.

— BERNAMA

Source link