Ciri Komunikasi Satelit Kecemasan iPhone 14 Dikembangkan Ke Ireland, Jerman, Perancis Dan UK

Pada siri iPhone 14, pemilik peranti boleh melakukan komunikasi satelit dalam situasi kecemasan apabila tiada capaian selular. Ciri ini diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat pada pertengahan November yang lalu. Hari ini ciri ini dikembangkan ke Ireland, Jerman, Perancis dan UK.

Untuk menggunakan ciri ini, peranti perlu dikemaskini ke versi iOS 16.1. Selepas itu ciri menguji komunikasi satelit dalam situasi kecemasan boleh dicuba. Menerusinya perhubungan menggunakan teks sahaja boleh dilakukan dengan pengguna diminta memberikan maklumat penting seperti apakah jenis kecemasan serta beberapa soalan lazim. Ia dihantar ke satelit yang kemudiannya menghubungi pusat bantuan kecemasan berhampiran.

Apple melabur $450 juta ke dalam syarikat Globalstar yang mempunyai rangkaian 24 satelit mengelilingi bumi bagi membolehkan komunikasi kecemasan dilakukan.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button