info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Perniagaan

COVID-10 : Industri Sewa Hartanah Merosot

Gambar ihsan harian Metro
86views

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Menerusi laporan analisis permintaan hartanah oleh portal iProperty.com.my, industri sewa hartanah didapati merosot 5.6 peratus dalam separuh pertama 2020 akibat daripada pandemik COVID-19.

Analisis yang dikatakan sebagai pertama seumpamanya di Malaysia itu dibuat dengan menumpukan kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor serta berdasarkan kepada maklumat lawatan pengguna dan data penyenaraian hartanah dalam talian yang terdiri daripada tiga jenis hartanah merangkumi rumah teres, kondominium dan kediaman servis.

Menurut laporan portal iProperty.com.my, kondominium merupakan hartanah yang paling popular dalam kalangan pencari rumah sewa yang mana hartanah yang berharga rendah dalam pasaran sewa mencatatkan hasil penyewaan yang lebih baik iaitu melebihi 4.0 peratus berbanding hartanah bertanah seperti rumah teres yang mencatatkan hasil sewa sebanyak 3.43 peratus.

Menurut Pengurus Besar (Penyelesaian Data Pelanggan & Kualiti) operator portal berkenaan, REA Group Asia, Premendran Pathmanathan, data permintaan sewa untuk harta kediaman adalah sangat relevan memandangkan ramai rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyewa daripada membeli hartanah, kesan daripada COVID-19.

Atas faktor kemampuan, menyewa hartanah merupakan penyelesaian sementara terbaik bagi keperluan perumahan dan ketersediaan data permintaan sewa membolehkan mereka mencari kediaman yang lebih berpatutan dan fleksibel, katanya lagi.

Premendran berharap agar analisis ini dapat semua pihak berkepentingan untuk membuat keputusan yang lebih tepat.

Leave a Response