info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19: 1,114 kes baharu, 803 pulih

75views

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini masih kekal empat digit iaitu 1,114 kes menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 46,209 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia menjadikan bilangan kes aktif kebolehjangkitan mencatat 12,131 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 803 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 33,772 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,114 kes baharu hari ini, sebanyak 1,112 adalah kes penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import.

Penularan tempatan menyaksikan Sabah mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 391 kes, diikuti Negeri Sembilan (371), Selangor (199), Perak (53), Pulau Pinang (34), Kuala Lumpur (13) dan Johor (15).

“Negeri lain adalah Kedah dengan 10 kes, Labuan (lapan), Melaka (enam), Kelantan (lima), Sarawak (tiga) dan Putrajaya mencatat empat kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

— BERNAMA

Source link