Berita

COVID-19 : 26 Kes Kematian Hari Ini

121views

PUTRAJAYA, 9 Mei — Sebanyak 26 kes kematian di tujuh negeri akibat COVID-19 dicatatkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan angka kematian harian tertinggi akibat wabak itu yang direkodkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tujuh kematian direkodkan di Selangor, enam di Kuala Lumpur, empat di Johor, tiga masing-masing di Kelantan dan Pahang, dua ke Pulau Pinang manakala satu di Sarawak.

Beliau berkata, mereka berusia antara 36 hingga 85 tahun, serta kebanyakannya menghidap pelbagai penyakit kronik.

Katanya, 14 daripada kematian itu membabitkan pesakit lelaki manakala 12 lagi adalah wanita.

“Seramai 25 daripada mereka adalah warganegara membabitkan 13 lelaki dan 12 wanita manakala seorang lagi mangsa lelaki warga asing yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

“Empat daripada mereka tiada sejarah penyakit termasuk seorang wanita tempatan berusia 56 tahun yang jenazahnya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes kematian direkodkan hari ini menyumbang kepada sejumlah 1,683 kes kumulatif di negara ini atau 0.38 peratus daripada keseluruhan kes dilaporkan hingga tengah hari tadi.

Source Link