info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19: 799 kes positif baharu hari ini

84views

PUTRAJAYA, 30 Okt  —  Sebanyak 799 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan 636 atau 79.6 peratus daripadanya adalah di Sabah serta Selangor, Kuala Lumpur  dan Putrajaya yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 466 kes dikesan di Sabah manakala Selangor 150 kes, Kuala Lumpur 19 kes dan Putrajaya satu kes.

Dalam pada itu, Labuan mencatatkan 65 kes, Pulau Pinang (35), Negeri Sembilan (23) , Sarawak (16), Perak (10), Johor (sembilan) dan  Kedah (lima) .

Katanya jumlah kes pulih yang dilaporkan pula ialah 491 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 ialah 20,248 kes, iaitu 65.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 30,889 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,392 kes,” katanya pada sidang media perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini.

— BERNAMA

Source link