Berita

COVID 19 : AS Bakal Berdepan Dengan Penurunan Harga Aset Dan Risiko Kewangan Lain

107views

WASHINGTON, 10 Nov  — Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan penurunan harga aset dan risiko kewangan lain disebabkan pandemik COVID-19 dan kemelesetan berterusan, lapor agensi berita Xinhua.

“Memandangkan tahap ketidakpastian yang tinggi berkaitan dengan pandemik, tekanan penilaian sangat mencabar, dan harga aset tetap terdedah kepada penurunan yang ketara sekiranya sentimen risiko pelabur jatuh atau pemulihan ekonomi semakin lemah,” kata Fed dalam Laporan Kestabilan Kewangan dwi tahunan terbaharunya.

“Perniagaan dan pendapatan isi rumah telah jatuh dan pinjaman perniagaan meningkat, yang menjadikan isi rumah dan syarikat lebih terdedah kepada kejutan di masa depan,” kata laporan itu, sambil menambah bahawa penipuan pinjaman mungkin meningkat, yang membawa kepada kerugian material buat pemberi pinjaman.

Laporan itu dibuat ketika Amerika Syarikat pada Isnin mengesahkan lebih daripada 10 juta kes COVID-19, hanya 10 hari selepas mencecah sembilan juta, menurut data dari Johns Hopkins University.

“Dalam masa terdekat, risiko yang berkaitan dengan COVID-19 dan kesannya terhadap ekonomi AS dan global kekal tinggi,” kata laporan itu.

— BERNAMA

Source Link