info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

COVID-19: Dua Rakyat Malaysia Antara Kes Import Di Singapura

Gambar Ihsan Berita Harian
78views

SINGAPURA, 14 Jan  — Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia berusia 55 dan 44 tahun yang merupakan pemegang permit kerja Singapura termasuk antara 33 kes import COVID-19 tidak bergejala yang dilaporkan semalam.

Kesemua kes import termasuk dua orang rakyat Malaysia yang masing-masing dilabelkan sebagai kes 59230 dan 59232 itu telah telah dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

38 kes baharu COVID-19 iaitu 37 import dan satu kes penularan tempatan melibatkan penghuni asrama telah dilaporkan setakat tengah hari semalam oleh republik itu.

Daripada jumlah kes baharu itu, empat kes adalah bergejala manakala selebihnya tidak menunjukkan gejala termasuk kes di asrama dan mereka dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif.

Dengan angka kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan di negara itu meningkat kepada 58,984 kes.