info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19: Ibu Pejabat MNRB Holdings Berhad ditutup sementara untuk disinfeksi

77views

KUALA LUMPUR, 8 Okt  — MNRB Holdings Berhad, menutup sementara ibu pejabatnya, Bangunan Malaysian Re di sini, berkuat kuasa 3 petang tadi untuk proses disinfeksi dan sanitisasi setelah seorang pekerjanya positif COVID-19.

MNRB dalam satu kenyataan memaklumkan bangunan itu akan dapat diakses semula mulai 12 Okt ini.

“Syarikat akan terus beroperasi seperti biasa walaupun dari jarak jauh semasa pekerja menjalani kuarantin kendiri,” jelas syarikat pegangan pelaburan itu.

MNRB akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan tetap waspada dalam usahanya untuk menyekat penularan COVID-19.

— BERNAMA

Source link