info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19 : Kes Baharu Terus Menunjukkan Trend Empat Angka

86views

PUTRAJAYA, 19 Jan — Sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 165,371 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan 1,199 kes baharu.

Katanya, ia diikuti Sabah dengan 526 kes bersamaan 14.5 peratus serta Kuala Lumpur dengan pertambahan 521 kes atau 14.3 peratus.

“Selain itu bagi kes kematian, terdapat 14 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 619 kes bersamaan 0.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bagi kluster baharu, Dr Noor Hisham berkata sembilan kluster dikesan hari ini iaitu tiga di Johor dan masing-masing satu di Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Pahang.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 2,944 kes pulih sepenuhnya dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 125,288 kes (75.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Source Link