info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19: KKM Kenal Pasti Lima Lagi Kluster Baharu

28views

KUALA LUMPUR, 29 Okt  — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu hari ini melibatkan dua kluster masing-masing di Sabah dan Selangor, serta satu di Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Sakti melibatkan Daerah Lahad Datu di Sabah dengan 18 kes dikesan positif COVID-19, sementara 35 individu masih menunggu keputusan daripada sejumlah 154 individu yang disaring setakat 12 tengah hari ini.

“Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-12,995) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 5 Okt 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19 dan kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kluster Tuguson pula menurutnya melibatkan Daerah Kota Belud, Sabah dengan kes indeks bagi kluster itu (kes ke-19,066) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Okt 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Kota Belud.

“Sehingga 29 Okt 2020, 12 tengah hari, sejumlah 146 individu telah disaring, dengan 18 kes dikesan positif COVID-19 (empat kes baharu) dan 128 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

— BERNAMA

Source link