info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19 : Kluster Baru Ditemui Di Australia

28views

MELBOURNE, 17 Jan — Pihak berkuasa kesihatan Australia hari ini mengesan satu kluster baharu kes COVID-19 di New South Wales, ketika negara itu berusaha mengelak peningkatan jangkitan ke atas penduduknya.

Siasatan lanjut sedang giat dilakukan bagi satu kes misteri membabitkan seorang lelaki yang dikesan positif COVID-19 Jumaat lalu, di bandar Berala, pinggir barat Sydney.

Semua kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan yang dilaporkan hari ini, disahkan kontak rapat kepada lelaki berkenaan.

Minggu lalu, Australia yang berjaya mengawal penularan kes COVID-19 berbanding negara dunia lain dengan menguatkuasakan perintah berkurung, meningkatkan ujian saringan dan pengesanan kontak secara besar-besaran mencatatkan sifar kes baharu.

Sementara itu, Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian menggesa lebih ramai penduduk di negeri itu tampil secara sukarela untuk menjalani saringan.

“Apa yang lebih penting ketika ini adalah memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya,” katanya.

Kes jangkitan baharu COVID-19 di Australia meningkat kepada 18 kes dengan 12 daripadanya membabitkan pengembara yang kembali ke negara itu.

Kes keseluruhan COVID-19 di negara itu sudah melebihi 28,700 kes dengan 909 kematian.

– AGENSI

Source Link