Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaCOVID-19: Lebih 13,000 Kes Baharu Dilaporkan Minggu Ini

COVID-19: Lebih 13,000 Kes Baharu Dilaporkan Minggu Ini

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Jun hingga pukul 11:59mlm 17 Jun  2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.53 juta kes. Di peringkat global, lebih 543 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.33 juta kes. Lebih 518 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) — Sebanyak 13,777 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk seminggu ini (11 Jun – 17 Jun 2022) berbanding 10,978 kes minggu lepas (4 Jun hingga 10 Jun).

Semalam (17 Jun) kes harian baharu masih sekitar 2,000 iaitu sebanyak 2,130 kes, menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 25,626 kes dan kes kumulatif sebanyak 4,536,795 kes.

Selangor kekal menyumbang kes harian tertinggi semalam dengan 776 diikuti WP Kuala Lumpur 553 kes, Pulau Pinang 168 kes, Perak 148 kes dan Sabah 115 kes.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu Negeri Sembilan 82 kes, Johor 60 kes, Melaka 54 kes, Sarawak 53 kes, Kedah 44 kes, Pahang 26 kes, WP Putrajaya 22 kes, Terengganu 14 kes dan Kelantan 11 kes.

Sebuah negeri mencatat kes satu angka iaitu Perlis 4 kes, sementara WP Labuan sifar kes.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (11 Jun hingga 17 Jun 2022):-

11 Jun (1,709), 12 Jun (1,571), 13 Jun (2,092), 14 Jun (1,922), 15 Jun (2,320), 16 Jun (2,033) dan 17 Jun (2,130).

Rekod kes harian baharu COVID-19 (4 Jun hingga 10 Jun 2022):-

4 Jun (1,591), 5 Jun (1,358), 6 Jun (1,330), 7 Jun (1,128), 8 Jun (1,518), 9 Jun (1,887) dan 10 Jun (2,166).

Sebanyak 1,080 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59 malam 17 Jun 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,45,438.

Protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dilonggarkan mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunakan MySejahtera.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini juga, tiada sebarang kluster baharu dilaporkan.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,015 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (16 Jun), hanya tinggal empat (4) kluster yang masih aktif.

Dengan sebanyak 4,536,795 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,581,429 kes dan Portugal 5,005,783.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Amerika Syarikat mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 81,733 diikuti Taiwan 55,261 kes dan Perancis 50,605 kes.

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,038,265 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 17 Jun 2022 menunjukkan sebanyak 24,585 kes (95.9 peratus) dikuarantin di rumah daripada 25,626 kes aktif COVID-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 13 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 993 kes (3.9 peratus) di hospital; 16 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 19 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Kes sembuh:-

11 Jun (1,746), 12 Jun (1,887), 13 Jun (1,876), 14 Jun (1,564), 15 Jun (1,390), 16 Jun (1,337) dan 17 Jun (1,080).

* kes kumulatif sembuh sehingga 17 Jun 2022 sebanyak 4,475,438.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

1 Jun (22,712), 12 Jun (22,395), 13 Jun (22,607), 14 Jun (22,961), 15 Jun (23,886), 16 Jun (24,577) dan 17 Jun (25,26).

Perincian kes harian baharu (2,130 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 17 Jun 2022

* (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka – Perak 148 (+0), Pulau Pinang 168 (+0), Sabah 115 (+0), Selangor 776 (+0) dan WP Kuala Lumpur 553 (+0).

K​​​​es harian baharu dua angka  – Johor 60 (+0), Kedah 44 (+0), Kelantan 11 (+0), Melaka 54 (+0), Negeri Sembilan 82 (+0), Pahang 26 (+0), Sarawak 53 (+)), Terengganu 14 (+0) dan WP Putrajaya 22 (+0);

Kes harian baharu satu angka – Perlis 4 (+0);

Kes harian baharu sifar            – WP Labuan 0 (+0).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

11 Jun – Kes baharu  1,709 ; Kes kumulatif  4,524,727; Kes import 3;

12 Jun – Kes baharu  1,571 ; Kes kumulatif  4,526,298; Kes import:1;

13 Jun – Kes baharu  2,092 ; Kes kumulatif  4,528,390; Kes import:0;

14 Jun – Kes baharu  1,922 ; Kes kumulatif  4,530,312; Kes import 3;

15 Jun – Kes baharu  2,320 ; Kes kumulatif  4,532,632; Kes import 4;

16 Jun – Kes baharu  2,033 ; kes kumulatif   4,534,665; Kes import 0.

17 Jun – Kes baharu  2,130 ; kes kumulatif   4,536,795; Kes import 0.

Sementara itu, setakat 17 Jun 2022, hanya ada empat (4) kluster aktif dalam negara.  Jumlah kluster yang dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara sebanyak 7,015 kluster.  Tiada kluster baharu dilaporkan oleh KKM sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

11 Jun  – Tiada kluster;

12 Jun  – Tiada kluter;

13 Jun  – Tiada kluter;

14 Jun  – Tiada kluster;

15 Jun  – Tiada kluster;

16 Jun  – Tiada kuster.

17 Jun  – Tiada kluster.

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

11 Jun  – 2 (BID 0),12 Jun  – 1 (BID 0 ), 13 Jun –  4 (BID 1 ), 14 Jun – 4 (BID 1 ), 15 Jun – 5 (BID 1), 16 Jun  – 5 (BID 3) dan 17 Jun – 1 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 17 Jun 2022, sebanyak 35,731 kes.

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 543,682,014 (Rangkuman Minggu lalu 539,691,854 dengan 6,339,468 kematian (Minggu lalu 329,660 kematian). Sebanyak 518,780,372 kes pesakit sembuh dilaporkan berbanding sebanyak 512,294,226 minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turkiye.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 87,968,819 (+81,733);

India 43,282,518 (+11,941);

Brazil 31,673,375 (+28,672);

Perancis 30,079,458 (+50,605);

Jerman 27,124,459 (+28,471);

United Kingdom 22,472,503 (+12,054);

Rusia 18,391,797 (+3,373);

Korea Selatan 18,391,797 (+7,186).

Itali 17,809,934 (+35,427)

Turkiye 15,085,742 (+tiada maklumat).

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 – 10,734,925 (+tiada maklumat);

Indonesia di tangga 19 – 6,065,644 (+1,220);

Malaysia di tangga 25 – 4,536,795 (+2,130);

Thailand di tangga 26 – 4,494,880 (+1,967);

Filipina di tangga 34 – 3,695,068 (+539);

Singapura di tangga 52 – 1,360,780 (+4,979);

Myanmar di tangga 81 – 613,474(+7);

Laos di tangga 111 – 210,173 (+tiada maklumat);

Brunei di tangga 123 – 155,793 (+519) dan

Kampuchea di tangga 125 – 136,262 (+tiada maklumat).

————————————————————————-

LATAR BELAKANG COVID-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

– Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

– Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

– 1 April 2022 – Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy”  untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

– 1 Mei 2022 – beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular