info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19: Lima Kluster Baharu Dikenal Pasti Hari Ini

26views

PUTRAJAYA, 2 Nov  — Lima kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini, masing-masing melibatkan satu di Sabah, Labuan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Putrajaya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kluster PTS Tawau melibatkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Daerah Tawau dengan 104 kes dikesan positif COVID-19.

Kluster Tenaga pula melibatkan subzon Batu Arang di Labuan dan ianya dikesan hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sejumlah 57 kes positif dikesan dengan kesemua  kes dimasukkan ke Hospital Labuan.

Source link