info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19 : Malaysia Catatkan Rekod Kematian Tertinggi Hari Ini

76views

PUTRAJAYA, 8 Feb — Malaysia hari ini merekodkan jumlah kematian tertinggi setakat ini iaitu 24 kes berkaitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kematian yang direkodkan itu membabitkan 21 warganegara dan tiga warga asing.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian direkodkan setakat ini sebanyak 896 kes atau 0.36 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini.

“Sehingga tengah hari tadi, sebanyak 3,100 kes positif baharu COVID-19 direkodkan dengan 3,099 daripadanya adalah penularan tempatan, manakala hanya satu kes import direkodkan.

“Setakat ini, sebanyak 245,552 kes jangkitan COVID-19 direkodkan di negara ini dengan jumlah kes aktif sebanyak 51,977 kes.

“Kes penularan tempatan membabitkan seramai 1,619 rakyat negara ini atau 52.2 peratus, manakala 1,480 adalah atau 47.8 peratus bukan warganegara,” katanya dalam hantaran dimuat naik melalui media sosial Facebook, hari ini.

Setakat ini, seramai 282 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 134 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 2,340 kes pulih direkodkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 192,679 kes atau 78.5 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini.

Source Link