info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID-19: Singapura tukar polisi pembayaran fasiliti SHN dan rawatan

78views

SINGAPURA, Okt 27 — Singapura tidak lagi akan menanggung kos Notis Duduk di Rumah (SHN) di kemudahan disediakan untuk warga Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR) bermula dari 1 Jan 2021.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan, perkara itu dikenakan kepada mereka yang kali terakhir meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.

“Duduk di kemudahan pengasingan kini menjadi syarat perjalanan antarabangsa yang diterima pakai meluas pada dunia COVID-19. Sebilangan besar SC dan PR yang meninggalkan Singapura dalam tempoh setahun lepas, telah pulang,” menurut kenyataan dikeluarkan MOH hari ini.

Kementerian itu menyatakan, perkara yang sama juga dikenakan kepada yang pulang ke negara itu termasuklah SC, PR dan Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) baru, juga perlu bertanggungjawab ke atas bil perubatan mereka, jika mereka mempunyai gejala dalam tempoh 14 hari daripada mereka tiba ke Singapura.

Bagaimanapun katanya, mereka boleh menikmati aturan kewangan kesihatan yang biasa untuk bil perubatan mereka seperti subsidi kerajaan dan ‘MediSheilds’ atau Pelan Perubatan Bersepadu untuk SC dan PR dan juga insuran peribadi untuk LTPH.

Kementerian itu berkata, kerajaan Singapura sehingga kini menanggung kos penginapan di fasiliti khas SHN dan bil perubatan untuk rawatan COVID-19 untuk SC dan PR yang telah meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.

Kerajaan Singapura juga telah menanggung kos perubatan COVID-19 kepada SC, PR, LTPH baru dan juga LTPH sedia ada  yan meninggalkan Singapura sebelum 27 MAC 2020.

Sementara itu katanya, kesemua pengembara lain yang tiba di Singapura perlu membayar sendiri kos-kos itu sebagai perbelanjaan peribadi mereka, mengikut aturan perubatan yang mereka ada untuk bil tersebut.

— BERNAMA

Source link