Berita

COVID-19: SJKC Chung Hwa di Labuan ditutup dua hari

132views

LABUAN, 7 Mei — Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa di sini, diarah tutup selama dua hari bermula hari ini (Jumaat) selepas salah seorang muridnya didapati positif COVID-19.

Notis makluman mengenai perkara itu dikeluarkan kepada pelajar, ibu bapa dan guru pada Rabu (6 Mei).

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohamad berkata penutupan itu sejajar dengan arahan Kementerian Pendidikan untuk menutup sementara sekolah yang terdapat kes positif COVID-19.

Pihak berkuasa sekolah akan menjalankan operasi sanitasi secara menyeluruh di kelas serta pekarangan sekolah, dan guru yang mempunyai kontak rapat dengan murid yang positif itu telah diberitahu untuk menjalani ujian saringan mengikut arahan Jabatan Kesihatan Labuan.

Sementara itu, Anjung Selera Batu Arang berhampiran Kampung Durian Tunjong dan Kampung Tg Aru menjadi bazar Ramadan pertama yang diarah tutup pada 5 dan 6 Mei lepas setelah dua individu yang disahkan positif COVID-19 dari Kluster Layang-Layangan didapati mengunjungi bazar berkenaan.

Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 2,475, yang berkait dengan Kluster Layang-Layangan.

Source link