info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID: 5,671 Kes Baharu, Selangor Kekal Catat Kes Tertinggi

Gambar Ihsan BHTV
61views

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Sejumlah 5,671 kes baharu COVID-19 direkod dalam tempoh 24 jam lepas, menurun berbanding 6,239 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,510 kes diikuti Kuala Lumpur (769); Sarawak (631); Negeri Sembilan (593); Johor (524); Kedah (309); Kelantan (262) dan Sabah (233).

Selain itu, Melaka merekodkan 184 kes; Pulau Pinang (166); Perak (143); Pahang (112); Terengganu (108); Labuan (106); Putrajaya (18); dan Perlis (tiga).

Source link