info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
Berita

COVID: 7,478 Kes Baharu Hari Ini, Rekod Tertinggi Malaysia Setakat Ini

70views

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus melonjak kepada 7,478 kes dalam tempoh 24 jam, sekali lagi merekodkan angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran dalam laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal sebagai negeri mencatat kes harian tertinggi dengan 2,455 kes, diikuti Kuala Lumpur (760), Sarawak (640), Johor (587), Kelantan (547), Kedah (542) dan Pulau Pinang (420).

Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 370 kes, Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177), Pahang (171), Labuan (49), Putrajaya (29) dan Perlis (lapan).

Kes harian tertinggi negara sebelum ini dicatat semalam dengan 7,289 kes.

— BERNAMA

Source link