Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaCOVID: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin sepenuhnya

COVID: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Seramai 1,166,385 atau 32.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat Ahad.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,714,171 atau 48.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,913,093 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,009,604 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,094,258 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,281 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,993 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 10,883 dos harian diberikan pada Ahad meliputi 5,172 dos pertama, 4,709 dos kedua dan 1,002 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,908,659.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan lima kematian akibat COVID-19 direkodkan pada Ahad dengan dua di Sarawak dan masing-masing satu di Perak, Perlis dan Selangor.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular