info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

COVID: Kembali Meningkat, 8,209 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini

50views

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu kembali meningkat apabila 8,209 kes dilaporkan berbanding 7,703 kes semalam, dengan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi pada 3,125 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif yang direkodkan setakat hari ini ialah sebanyak 595,374 kes.

Menurut beliau, Kuala Lumpur pula mencatatkan 801 kes, Johor (752), Sarawak (594), Negeri Sembilan (576), Kelantan (414), Perak (384), Kedah (373) dan Melaka (322).

Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 303 kes, Sabah (203), Pahang (135), Terengganu (127), Labuan (62), Putrajaya (33) dan Perlis (5).

— BERNAMA

Source link