Croatia tempat ketiga Piala Dunia

DOHA, 18 Dis (Bernama) — Croatia mengungguli tempat ketiga dalam Piala Dunia Qatar dengan kemenangan 2-1 ke atas Maghribi di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pasukan kendalian Zlatko Dalic mengulangi sejarah di tempat ketiga pada 1998 ketika perlawanan Piala Dunia berlangsung di Perancis.

Josko Gvardiol meletakkan Croatia di hadapan menerusi tandukan pada minit ketujuh manakala Achraf Dari dari Maghribi berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Mislav Orsic meletakkan Croatia kembali di hadapan pada penghujung babak pertama dengan sepakan ke penjuru gawang.

Croatia mempertahankan kelebihan itu tanpa jaringan tambahan pada babak kedua.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button