Berita

Datuk Mokhtar Hashim Meninggal Dunia

99views

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Ahmad Hafiz Abdul Raffar menerusi satu hantaran Facebook.

Menurut Ahmad Hafiz, Allahyarham meninggal dunia pada jam 3.10 pagi.

“Bagi pihak keluarga, ingin saya maklumkam kepulangan ayahanda tercinta kami (Datuk Mokhtar Hashim) ke Rahmatullah pada 3.10 pagi tadi.

“Hanya lafaz takziah serta doa yang mampu diucapkan dari kejauhan buat ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

– BERNAMA

Source Link