Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaDelegasi India adakan perbincangan dengan kerajaan Taliban mengenai bantuan kemanusiaan

Delegasi India adakan perbincangan dengan kerajaan Taliban mengenai bantuan kemanusiaan

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 2 Jun (Bernama) — Delegasi India akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan sementara pimpinan Taliban mengenai bantuan kemanusiaan India kepada Afghanistan.

Diketuai setiausaha bersama di Kementerian Luar Negeri, delegasi itu kini dalam rangka lawatan ke Kabul untuk memantau proses penyerahan bantuan.

Delegasi itu “akan bertemu dengan anggota kanan Taliban,” menurut kenyataan kementerian itu pada Khamis.

Selain itu, delegasi berkenaan juga akan bertemu wakil organisasi antarabangsa yang terlibat dalam pengagihan bantuan dan melawat kawasan projek India yang sedang dilaksanakan.

Setakat ini India sudah menghantar 20,000 tan gandum, 13 tan ubat-ubatan dan 500,000 dos vaksin COVID-19 ke Afghanistan .

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular