info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Dewan Rakyat: Undi Belanjawan 2021 Dijadual Hari Ini

34views

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Pengundian untuk meluluskan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar yang dijadual selepas penggulungan oleh Kementerian Kewangan menjadi tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sekiranya masa mengizinkan, undian Rang Undang-undang Perbekalan 2021 akan dijalankan sejurus selepas baki sembilan menteri membuat penggulungan bagi kementerian masing-masing yang dijadual selesai hari ini.

Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat pada Mac lepas.

Sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan di bawah belanjawan berkenaan untuk perbelanjaan negara tahun hadapan.

Selain itu, menurut Aturan Urusan Mesyuarat, isu kawalan sempadan antarabangsa antara yang dijangka dijawab dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri susulan insiden serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, awal pagi Selasa.

Insiden itu yang mengorbankan Sarjan Baharuddin Ramli, 54, manakala Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah, akan turut diperincikan pada sesi tersebut.

Isu salah laku rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan dan perkembangan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 turut bakal disentuh oleh Ahli-Ahli Parlimen hari ini.

— BERNAMA

Source link