info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Dilemaskan Dalam Tong Air Oleh Ibu Kandung

85views

MELAKA: Seorang kanak-kanak ditemui mati dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan, petang tadi.

Mangsa berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya.

Beliau berkata, susulan itu pihak polis menahan ibu dan bapa tirinya masing-masing berusia 32 dan 38 tahun.

“Bilik Gerakan (DCC) Melaka Tengah terima panggilan kira-kira jam 4 petang tadi daripada seorang lelaki yang memaklumkan bahawa anaknya mati lemas di dalam tong air di rumahnya.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak yang tinggal bersama pasangan itu juga mendapati mangsa dicederakan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.

Katanya, pihak polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Ayer Keroh, esok,” katanya.

Source Link