DIY Mudah ‘Cooler Box’ Versi Bajet, Ais Tahan 3-4 Hari Jimat Berbaloi!

DIY Mudah’Cooler Box’ Versi Bajet, Tahan 3-4 Hari Memang Jimat Berbaloi! Bagi yang suka melakukan perkhemahan atau berkelah hujung minggu, boleh cuba buat sendiri ‘Cooler Box’ atau tong sejuk beku untuk menyimpan bahan-bahan beku yang disimpan. Berbanding beli ‘Cooler Box’ sedia ada di pasaran boleh tahan juga harganya.Ada cara mudah untuk buat versi bajet, malah ais mampu bertahan lama 3 hingga 4 hari.

Boleh ikut cara mudah oleh Puan Ryna Naim seperti yang dikongsikan di dalam grup Family Camping Malaysia ini sebagai rujukan;

Siapkan barang nak camping hujung bulan 12 nanti. Ikut tip abang-abang dan kakak-kakak dalam ni juga.

Bahan-Bahan:

Kotak GabusAluminium foil*Gam double sided dengan gam cair supaya kuatGunting

Cara Membuat:

1. Potong Aluminium foil mengikut ukuran kotak gabus.

2. Gamkan Aluminium foil pada bahagian dalam sekeliling kotak gabus.

3. Jangan lupa gamkan sekali pada bahagian dalam penutupnya.

4. Biarkan gam pada Aluminium foil benar-benar kering.

Namun jika mahu lebih mudah, boleh beli aluminium foil ikut ukuran siap. Ada saiz 3 liter, 5 liter, 6 liter, 12 liter dan 12 liter. Malah mudah dibasuh. Siap! Semoga bermanfaat

Sumber: Ryna Naim

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button