DNB Kini Mempunyai Liputan 90% Di Kawasan Berpenduduk Di KL, Putrajaya Dan Selangor

Digital Nasional Berhad kini berkongsi mengatakan mereka telah berjaya melangkaui sasaran awal sebanyak 40% liputan 5G di kawasan berpenduduk yang disasarkan untuk 2022.

Mengikut angka semasa, DNB mengatakan rangkaian 5G kini meliputi 47.1% kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia.

Jikalau mengikut negeri, menariknya kini DNB mengatakan liputan 5G telah mencapai 90% kawasan berpenduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Sementara di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pula, ia telah mencapai liputan sekitar 50% kawasan berpenduduk.

Angka ini dijangka akan terus meningkat, selain perluasan di kawasan-kawasan baharu seluruh negara. Mengikut sasaran awal, DNB menyasarkan meliputi 80% dengan rangkaian 5G di seluruh negara, menjelang 2024 kelak.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button