Sabtu, Jun 25, 2022
HomeArtikelEgyptian Mau - Kucing yang sangat unik

Egyptian Mau – Kucing yang sangat unik

Tahukah anda?

Egpytian mau merupakan spesis kucing yang sangat unik. Nama “Mau” itu sendiri telah lama digunkan sejak zaman Mesir kuno sekitar 4000 tahun dahulu hingga ke hari ini. Pada zaman itu, orang-orang Mesir menganggapnya sebagai haiwan yang suci sehingga dianggap dewa yang diberi nama Bastet.

Kucing ini merupakan spesis kucing yang terpantas dalam dunia. Ia mampu berlari selaju 48 kilometer per jam. Baka kucing ini merupakan baka yang paling banyak dalam dunia namun, ketika Perang Dunia Kedua, populasi kucing ini telah menurun secara mendadak.

Demi menyelamatkan populasi spesis ini diambang kepupusan, Puteri Russia, Nathalie Troubetsky telah membawa beberapa ekor baka kucing ini keluar daripada Eropah dan benua Afrika. Namun begitu mengikut sumber (basepaws.com), sehingga hari ini populasi kucing ini dianggarkan sekitar 3000 ekor sahaja yang masih dikenalpasti. Oleh itu, baka kucing ini telah diisytiharkan sebagai spesis yang sangat jarang dijumpai.

Jika dilihat pada gambar, ia kelihatan seperti macam biasa kita lihat. Mungkin ada diantara anda yang sedang membela spesis yang sangat jarang dijumpai atau selama ini anda cuma fikirkan ianya hanyalah spesis kucing kampung biasa sahaja? Cuba lihat balik kucing anda di rumah.

Iskandar Mohamad Ali

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular