Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaEkonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas Fasa Peralihan ke Endemik

Ekonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas Fasa Peralihan ke Endemik

KUALA TERENGGANU, 20 Mei (Bernama) — Ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, sekali gus memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelancongan merupakan antara sektor penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Beliau berkata berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia pada 12 Mei lepas, Malaysia menerima kemasukan 604,457 warga asing sejak pintu sempadan antarabangsa dibuka semula pada 1 April lepas.

“Sebanyak 93.8 peratus atau 567,025 orang daripada jumlah itu (warga asing yang masuk ke negara) adalah pelancong,” katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di sini malam ini.

Katanya di awal pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong asing pada tahun ini dengan pendapatan RM8.6 bilion.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular