BeritaSukan

Ekuin Remaja Negara Raih Perak Dalam WEC Jr Di Belanda

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Sekumpulan ekuin muda melakar kejayaan yang membanggakan negara apabila merangkul pingat perak pada Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia 2021 (WEC Jr 2021) Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) di Ermelo, Belanda semalam.

Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Malaysia merekodkan 19 jam 11:16 di belakang juara, Perancis dengan catatan masa 16:57:27.

Belgium meraih gangsa apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 20:43:03.

Pasukan Malaysia terdiri daripada Mohd Faris Haikal Mohd Hassan Sa’ari, Muhammad Yusuf Luqman Zakaria, Nur Qasrina Amani Zakaria dan An Nur Muhammad Imran Eirfan Anuwar.

Pada acara itu, peserta perlu menempuh jarak 120 kilometer dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mereka perlu menyelesaikan tunggangan tanpa menimbulkan sebarang komplikasi kepada kuda dan penunggang.

Atlet muda berusia 14 hingga 21 tahun dari 16 negara mengambil bahagian dalam acara itu.

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button