
Elon Musk Kehilangan Takhta Manusia Paling Kaya Di Dunia
Elon Musk kini dilihat menjadi manusia kedua terkaya di dunia, sekaligus kehilangan takhta manusia paling kaya di dunia yang dipegang sejak 2021 lepas. Penurunan ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga saham Tesla. Saham Tesla telah memperlihatkan penurunan sedikit sejak Elon Musk umum ingin mengambil-alih Twitter sebelum ini.
Kini menduduki tangga teratas sebagai manusia terkaya dunia buat masa ini adalah CEO LVMH, Bernard Arnault yang terkenal dengan jenama seperti Louis Vuitton. Perubahan takhta ini mungkin sementara, dan mungkin Elon Musk kembali merangkulnya kembali apabila saham Tesla meningkat naik tidak lama lagi.
Data perubahan manusia paling kaya di dunia ini adalah berdasarkan kepada Forbes, sementara data daripada Bloomberg pula memperlihatkan perbezaan kekayaan sekitar $1 bilion antara kedua-dua individu ini.