info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Empat Kampung Di Perak Di Landa Banjir

75views

BAGAN SERAI, 19 Nov — Empat buah kampung melibatkan Kampung Tebuk Panchor Kiri, Jalan Kubu Gajah, Kampung Tebuk Panchor dan Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) di sini dilaporkan telah dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda sejak petang tadi.

Empat buah kampung yang terletak di Semanggol itu dilanda banjir berikutan terletak di kawasan rendah.

Menurut jurucakap JPS, pihaknya akan melaksanakan pemantauan di kawasan terlibat dari masa ke semasa disamping akan memasang pam air bergerak sekiranya diperlukan.