
FBI Galakkan Pengguna Memasang Pemalam Penghalang Iklan Untuk Elak Jadi Mangsa Penipuan
Menjelang penghujung tahun, ramai yang akan melakukan pembelian barangan menggunakan wang bonus, disamping berbelanja ketika musim percutian. Selari dengannya juga, ia sering menjadikan orang ramai menjadi mangsa kepada para penipu siber.
Selari dengannya, kini FBI mengeluarkan amaran dan peringatan kepada orang ramai – terutamanya di Amerika Syarikat.
FBI mengatakan ramai penipu siber membeli pengiklanan, dan berlakon seolah-solah iklan produk atau perkhidmatan sebenar, tetapi digunakan untuk menipu pengguna.
Dalam mengatasi dan mengelak pengguna menjadi mangsa penipuan tersebut, FBI meminta pengguna untuk menyemak dan melihat URL yang diklik itu benar dan tepat sebelum melakukan sebarang transaksi. Sering kali laman penipuan menggunakan domain berbentuk typo padanya.
Disamping itu, orang ramai turut boleh menaip terus URL pada bar URL, dan bukannya melalui carian atau sebarang direktori.
Dan akhir sekali, FBI turut mengalakkan penggunaan penghalang iklan atau “ad blocker” pada pelayar web – sekaligus mengelak terus iklan-iklan berbentuk bahaya ini dipaparkan. Pada hari ini, beberapa pelayar web seperti Opera sedia hadir dengan penghalang iklan terbina. Disamping itu, terdapat juga sejumlah aplikasi dan pemalam yang ditawarkan kepada pengguna dalam menghalang paparan iklan di sejumlah laman.