info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
GajetTeknologi

Galaxy S21 diperkenalkan Januari 2021

67views

Samsung dijangka akan memperkenalkan peranti kelas perdana mereka daripada siri Galaxy S, Januari depan.

Berdasarkan kepada garis masa pelancaran peranti itu untuk tahun sebelumnya, pengenalan peranti Galaxy S21 itu agak cepat berbanding kelaziman takwim syarikat berkenaan sekitar Mac.

Galaxy S21 kebiasaannya diperkenalkan awal tahun manakala untuk siri Galaxy Note pada penghujung tahun dan itu sudah menjadi takwim tahunan untuk syarikat berkenaan.

Buat masa ini, peranti Samsung Galaxy S21 akan memperkenalkan prestasi kamera lebih baik sesuai dengan kategori peranti itu yang lebih memberi fokus kepada kuasa kamera dan bukan untuk produktiviti seperti Galaxy Note.

Peranti baharu Samsung itu dijangka masih mengekalkan nama S21 atau mungkin S30 berdasarkan kepada gandaan 10 seperti peranti lalu.

Jika ia benar, Samsung mungkin mempercepatkan pengenalan peranti itu untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam perkongsian pasaran telefon pintar yang ketika ini dilihat didominasi oleh Huawei.

Wujud juga khabar angin yang menyatakan bahawa mungkin Samsung akan memperkenalkan peranti itu Disember depan dan mula dijual di pasaran seawal Januari.

Setakat ini, tiada spesifikasi yang tertiris namun besar kemungkinan syarikat itu akan menggunakan pemproses Exynos generasi baharu atau cip keluaran Qualcomm Snapdragon.