Gambar Didakwa Apple Store Pertama Malaysia Tertiris

Sudah sekian lama peminat Apple inginkan sebuah Apple Store rasmi dibuka di Malaysia. Perasaan iri hati membusung selepas melihat Apple Store dibuka di Singapura dan Thailand sementara Malaysia seakan dilupakan di tengah-tengah.

Hari ini gambar yang didakwa adalah Apple Store pertama Malaysia muncul di forum Skyscrapercity. Lokasi dikatakan adalah di The Exchange yang terletak di Tun Razak Exchange (TRX). Jelas kelihatan logo Apple berlampu sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan. Gambar tidak begitu jelas kerana terdapat banyak perancah menghalang imej yang lebih jelas diambil.

Ura-ura Apple Store pertama Malaysia akan dibuka di TRX sudah lama kami dengari dengan ia dikatakan akan dibuka pada tahun ini. The Exchange ia sebuah pusat membeli belah lestari yang menggunakan sumber tenaga solar dan air yang dikitar semula. Ini adalah antara syarat yang dikenakan oleh Apple bagi membolehkan mereka memenuhi sasaran menjadi syarikat karbon neutral dalam masa terdekat.

Sumber – Skyscrapercity

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button