info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Gas Malaysia Peruntuk RM500,000 Untuk Program Tanggungjawab Sosial

Gambar ihsan The Edge Market
64views

KUALA SELANGOR, 8 Okt — Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Berhad, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata kira-kira RM500,000 peruntukkan yang meliputi pelbagai aspek antaranya komuniti, kesihatan, alam sekitar dan sukan disediakan untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu pada tahun ini.

Ahmad Hashimi menyatakan sebagai contoh, Program Penanaman Semula Anak Pokok Bakau yang disertai lebih kurang 50 orang kakitangannya di Taman Alam Kuala Selangor merupakan salah satu inisiatif syarikat membantu memelihara serta memulihara alam sekitar serta merupakan kesinambungan projek CSR alam sekitar yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Selain itu, sebelum ini Gas Malaysia Berhad pernah berkerjasama dengan Jabatan Perhutanan Perak untuk membangunkan pusat rehabilisasi tuntung.

Ditanya tentang kesan COVID-19 terhadap prestasi syarikat, Ahmad Hashimi mengakui berlaku pengurangan 25 peratus permintaan penggunaan gas daripada kilang-kilang, kecuali sektor penting semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada awal Mac lalu.

Mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas prestasi syarikat, Ahmad Hashimi berkata semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada awal Mac lalu berlaku pengurangan 25 peratus permintaan penggunaan gas daripada kilang-kilang, kecuali sektor penting.

Namun, kini kesan keseluruhan pengurangan penggunaan gas yang berlaku pada April dan Mei telah dapat dipulihkan malah pertambahan penggunaan gas hampir sama dengan penggunaan gas sebelum PKP dilaksanakan.

Menurut Ahmad Hashimi, permintaan daripada sektor pembuatan dan penghasilan getah sebanyak 35 peratus telah menampung penurunan penggunaan gas pada Mac hingga April.

Penggunan sarung tangan farmaseutikal bertambah menyebabkan permintaan gas bertambah seterusnya sektor ini menyumbang dalam membantu mengurangkan impak untuk keseluruhan pengurangan.

Leave a Response