Gelombang banjir: Kementerian Pertahanan diminta mobilisasi trak ATM esok ke Terengganu

CHUKAI, 22 Dis (Bernama) — Kementerian Pertahanan diminta memobilisasikan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa bekalan makanan dan keperluan asas ke Terengganu esok sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu penting bagi memastikan bekalan makanan, barangan keperluan asas dan pengangkutan seperti bot adalah mencukupi.

“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah kesiapsiagaan yang optimum di samping mengkoordinasi semua agensi dan badan kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Bukit Mentok di sini hari ini.

Turut menyertai tinjauan timbalan perdana menteri adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Dr Ahmad Said, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Ahmad Zahid berkata selain itu, koordinasi bersama Kementerian Kesihatan turut dilaksanakan bagi pemantauan penyakit semasa banjir dan pascabanjir.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button