Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaGempa bumi gegar Sichuan, China, operasi menyelamat dilancarkan

Gempa bumi gegar Sichuan, China, operasi menyelamat dilancarkan

CHENGDU (China), 2 Jun (Bernama) — Operasi menyelamat sedang dijalankan susulan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan Daerah Lushan di Ya’an, Sichuan, pada 5 petang waktu Beijing, lapor Xinhua memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Selain itu, gempa bumi  bermagnitud 4.5 dilaporkan berlaku pada 5.03 petang di Daerah Baoxing dan di Ya’an.

Setakat 7.40 malam, empat orang disahkan maut dan 14 lagi cedera di Daerah Baoxing manakala kira-kira 300 orang telah dipindahkan ke penempatan sementara.

Beberapa penempatan sementara turut dibina di Baoshan dan Lushan dengan keutamaan diberikan kepada warga emas, wanita, kanak-kanak dan pelajar.

Lebih 4,500 anggota penyelamat termasuk polis, bomba dan pegawai perubatan telah dikerahkan ke lokasi terjejas.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular