Isnin, Mei 16, 2022
HomeBeritaGempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, gempa bumi pada pukul 10.29 pagi itu berpusat di 78 kilometer (km) tenggara Kepulauan Talaud pada kedalaman 28km.

Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Bernama

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular