info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Gerakan Sasar Bantu 10,000 Isi Rumah B40 Yang Terjejas Akibat Pandemik

88views

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Parti Gerakan menyasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada sejumlah 10,000 isi rumah B40 seluruh negara, bagi membantu mereka yang terjejas dari segi ekonomi akibat pandemik COVID-19, menerusi Program Kasih Kenyang.

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, antara lain bantuan akan diberikan dalam bentuk bakul makanan, yang akan dihantar terus ke rumah pemohon yang layak.

“Kita berharap program ini dapat digerakkan dengan bantuan masyarakat setempat, warganet dan belia, yang dapat berkongsi (menghebahkan) mesej berkenaan program ini kepada golongan yang memerlukan bantuan,” katanya dalam sidang media secara maya pelancaran program itu, hari ini.

Selain permohonan secara dalam talian dan melalui jentera Gerakan, orang ramai boleh menghulurkan maklumat mengenai pihak yang memerlukan bantuan kepada parti itu, menerusi media sosial Gerakan.

Badan bukan kerajaan, persatuan dan pihak yang ingin memberikan sumbangan dalam bentuk makanan, keperluan, serta wang bagi program ini juga, boleh menghubungi parti itu.

— BERNAMA

Source link