
Google Chrome Akan Perkenalkan Versi “Stabil Awal” Untuk Elak Pepijat
Google sedia mempunyai beberapa saluran pembangunan untuk pelayar web Chrome, dalam memastikan sesuatu pembangunan berjalan lancar sebelum digunakan oleh semua pengguna. Namun, kebelakangan ini, terdapat kadang-kala beberapa pepijat dikenal-pasti selepas sesuatu versi diperkenalkan secara meluas.
Kini, dalam mengatasinya, Google Chrome akan mula mengimplementasi satu lagi fasa pengenalan, dinamakan “Early Stable” atau “Stabil Awal”.
Dengan langkah ini, sejumlah peratusan kecil pengguna akan diberikan kemaskini versi Chrome stabil terkini seminggu lebih awal, dan mendapatkan maklumbalas sebelum memperkenalkan ia secara meluas kepada semua.
Google akan mengimplementasi kaedah ini bermula Chrome 110 yang akan diperkenalkan kepada semua pada 7 Februari 2023 kelak, tetapi fasa stabil awal diperkenalkan pada 1 Februari 2023.