info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Gosip Bertunang Dengan Engku Emran, Nabila Enggan Ulas

92views

KUALA LUMPUR, 5 Mac — ‘Saya belum ada apa-apa nak komen sekarang.’

Ringkas jawapan kakak Neelofa, Noor Nabila apabila diminta mengulas gosip bertebaran konon bertunang dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang hangat diperkatakan dalam laman sembang, sejak akhir-akhir ini.

Nabila dikatakan mula intim dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.

Malah, foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.

Bagaimanapun, status hubungan mereka belum disahkan.

Lantas, jawapan ringkas diberi Nabila bagai terus meninggalkan tanda tanya apa sebenarnya yang terjalin dalam hubungan mereka.

Semakan di Instagram (IG) Nabila mendapati, usahawan dan penerbit itu menjadi pengikut Engku Imran di media sosial sama.

Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di IG.

Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Engku Emran berkahwin dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.