info@rakyat.my
Wednesday, June 16, 2021
BeritaSukan

Hafizh Syahrin gagal kutip mata pada GP Aragon

87views

KUALA LUMPUR,18 Okt  — Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah kecewa dengan prestasinya setelah menduduki tempat ke-19 daripada 27 pelumba pada Grand Prix (GP) Aragon di Litar Aragon, Sepanyol, hari ini.

Pelumba pasukan Aspar Team itu mencatatkan masa 40 minit 00.963 saat pada perlumbaan 21 pusingan yang menyaksikan pelumba berusia 26 tahun itu gagal mengutip sebarang mata.

Keputusan itu menyaksikan Hafizh Syahrin kekal di tempat ke-21 pada MotoGP Dunia (Moto2) dengan mengumpul 18 mata selepas 11 perlumbaan.

“Semasa perlumbaan, saya cuba berusaha bersungguh-sungguh tetapi jentera tidak begitu sesuai dengan kru teknikal cuba membuat penyelarasan pada setiap sesi kelayakan dan latihan namun tidak berjaya pada perlumbaan.

“Saya tidak dapat melakukan apa-apa dan mudah-mudahan dapat bangkit untuk perlumbaan seterusnya di litar yang sama,” katanya dalam rakaman audio yang disediakan kepada media.

Pelumba Britain Sam Lowes daripada pasukan EG 0.0 Marc VDS, merangkul kejuaraan sulung musim ini dengan catatan 39:33.202s diikuti pelumba Itali Enea Bastianini dan pelumba Sepanyol Jorge Martin masing-masing dengan ketinggalan masa 4.195s dan 4.340s.

Seorang lagi wakil negara, Kasma Daniel Kasmayudin (OneXoX TKKR SAG Team) menamatkan saingan di tempat ke-25 dengan catatan masa 40:31.380s dan gagal mengutip sebarang mata selepas 11 perlumbaan.

Perlumbaan pusingan ke-12 akan berlangsung di litar sama iaitu GP Teruel dari 23 hingga 25 Okt ini.

— BERNAMA

Source link