info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Perniagaan

Harvey Norman Tawar Produk Terus Dari Kilang

45views

JOHOR BAHRU, 22 Okt — Harvey Norman akan membuka gudang yang menawarkan produk terus dari kilang dikenali sebagai Harvey Norman Factory Outlet di Paradigm Mall Johor Bahru.

Ia menawarkan pelbagai produk pada harga lebih berpatutan berbanding cawangan biasa.

Pengarah Urusan, Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, selain perkakasan elektrik, peranti, perabot dan kelengkapan bilik tidur, pelanggan juga boleh mendapatkan produk yang sudah tidak ditawarkan lagi atau model yang diperbaharui.

“Pelanggan juga berpeluang memiliki produk penghabisan stok dan barang pameran pada harga istimewa eksklusif di cawangan ini.

“Kami mampu menawarkan barangan pada harga rendah memandangkan ia dibeli pada harga pukal dan kami dapat memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Source link