Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaHFMD : 17 taska di Kelantan ditutup sejak bulan lepas

HFMD : 17 taska di Kelantan ditutup sejak bulan lepas

KOTA BHARU, 25 Mei (Bernama) — Sebanyak 17 taska di Kelantan ditutup sejak bulan lepas berikutan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang semakin membimbangkan, kata Pengarah Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata penutupan taska terpaksa dibuat selepas penilaian risiko dilakukan pegawai JKN di taska terbabit bagi menggelak wabak itu merebak dalam kalangan kanak-kanak.

Katanya, kebanyakan taska yang diarahkan tutup adalah  di jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Pasir Mas.

“Terdapat 1,233 kes HFMD dilaporkan di Kelantan pada minggu epidemik ke-20 (15 hingga 21 Mei 2022) menjadikan jumlah kumulatif kes HFMD dilaporkan di Kelantan adalah sebanyak 3,726 kes.

Dalam tempoh sama sebanyak 20 wabak HFMD dilaporkan dan sebahagian besar wabak yang dilaporkan adalah melibatkan taska dan pusat jagaan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata majoriti kes adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun iaitu sebanyak 71.6 peratus manakala secara keseluruhan 92.8 peratus daripada kes yang dilaporkan adalah berumur enam tahun dan ke bawah.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular