Berita

HWGG Capital Dan Fintech Bank Tawar Pengurusan Aset Digital

130views

KUALA LUMPUR, 22 April  — HWGG Capital PLC dan bank digital multinasional yang berpusat di Labuan, Fintech Bank Ltd (FBL) bekerjasama dalam penyelesaian kewangan iaitu akaun bank digital yang dapat menyokong sepenuhnya penyelesaian aset digital dalam pelbagai mata wang di bawah pematuhan kawal selia.

Menerusi kerjasama stategik itu, kedua-dua pihak akan mengutamakan kemudahan dan kecekapan dalam setiap transaksi aset digital.

Ketua Pegawai Eksekutif HWGG Capital Mavis Mok berkata menerusi sinergi ini, kedua-dua pihak akan terus memanfaatkan aplikasi HWGCash App untuk pelanggan membuka kedua-dua akaun peribadi dan perniagaan yang membolehkan penyelesaian aset digital dilakukan terus ke akaun bank mereka.

“Kami menjangkakan proses penyelesaian aset digital akan menjadi lebih cepat dan lancar dengan akaun bank FBL,” kata Mok dalam satu kenyataan hari ini.

HWGG Capital menawarkan perkhidmatan pengurusan aset digital melalui platform Aplikasi HWGCash, aplikasi mudah alih pertama di Asia yang menyediakan penyelesaian kewangan yang unik untuk pengguna digital.

Aplikasi HWGCash App berfungsi sebagai medium yang menghubungkan pasaran digital dan tradisional, di mana syarikat tradisional boleh menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna aset digital, yang kemudiannya akan diproses kepada wang fiat untuk penyelesaian.

Ia juga membantu pelanggan institusi dan syarikat mempermudahkan jual dan beli di pasaran aset digital.

— BERNAMA

Source link